fbpx

“Kami Semua Rindu Shila Sebab Dia Darah Daging”

Baru-baru ini dilihat ada memuat naik video ucapan sempena hari jadi Shila Amzah, penyanyi Syada Amzah mengaku video itu sebagai tanda dia rindukan kakaknya selepas hampir setahun tidak berjumpa.

Memetik Kosmo, Syada berkata video itu adalah ucapan normal yang sering dilakukan oleh setiap adik beradik dan mengakui mereka sekeluarga rindukan kakaknya.

BACA: Syada Dah Jumpa Shila Amzah, Tiada Lagi Kemelut Adik-Beradik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

“Kami semua rindu dia, normal sebab darah daging. Video itu tiada makna apa-apa pun apatah lagi untuk orang luar nak jadikan isu.

“Saya percaya, perkongsian itu hanya ucapan antara adik-beradik dan itu cara saya pamerkan apresiasi serta tiada maksud lain sama sekali,” katanya.

Sementara itu, Syada berkata hubungannya dengan Shila masih baik dan mereka masih lagi berhubung melalui mesej. Malah, dia ada mesej dengan kakaknya selepas memuat naik video berkenaan.

“Kami selalu berhubung dan tiada masalah pun. Apabila orang kerap fikir benda buruk tentang hubungan kami, saya biarkan sahaja. Saya seorang yang sangat sentimental, benda itu semua ada mesej tersirat dan itu cara saya pamerkan kerinduan terhadap adik-beradik sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Syada menegaskan dia tidak pernah bermusuhan dengan kakaknya dan kali terakhir bertemu pada hari perkahwinan Shila iaitu Ogos tahun lalu.

“Setakat ini sudah setahun tak bertemu, kali terakhir adalah pada hari perkahwinan kakak iaitu Ogos tahun lalu. Saya juga belum berkesempatan jumpa anak buah sebab jadual sangat padat dan masa kami selalu bertembung,” katanya.

SUMBER: Kosmo