Masih dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata, Izzue Islam merancang untuk menjalani pemeriksaan kesuburan bersama isterinya dalam masa terdekat. Izzue memberitahu, beliau dan isteri juga sudah mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan selepas pemeriksaan dilakukan.
BACA: Izzue Islam Minta Maaf Belum Bagi Zuriat Buat Isteri
“Kami akan menjalani pemeriksaan pada tahun ini. Sudah lama kami rancang, namun tertangguh kerana kerja yang padat. Kami juga mempersiapkan mental sekiranya salah seorang daripada kami mempunyai masalah”
“Saya dan isteri sudah bincang mengenai perkara tersebut, malah segala ikhtiar juga akan kami lakukan untuk mendapatkan cahaya mata memandangkan sudah lima tahun kami mendirikan rumah tangga”
Bersikap terbuka berkongsi mengenai perkara ini, Izzue berkata, tiada apa yang perlu dimalukan kerana soal rezeki ditentukan oleh Allah. Izzue juga tidak menolak untuk mencuba menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
“Apa yang nak dimalukan, semuanya Allah yang tentukan dan kita sebagai hamba jangan pernah berhenti berusaha. Selagi tidak menyalahi agama, kami mahu menggunakan teknologi canggih sedia ada untuk dapat anak,” jelasnya. (rtky/w)