fbpx

“Kami Reda Dengan Apa Saja Keputusan Esok” – Yusof Haslam

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata dia dan isterinya, Datin Patimah Ismail mendoakan yang baik-baik buat Syamsul Yusof dan menantunya, Puteri Sarah.

Memetik Harian Metro, Yusof berkata dia dan isteri reda dengan apa saja keputusan esok serta menyerahkan kepada anak menantu mereka menyelesaikan masalah rumah tangga.

BACA: “Tak Kiralah Dia Baik Dengan Keluarga Sana, Tapi Jangan Biarkan Ibu Sendiri Menangis” – Yusof Haslam

“Saya dan isteri, mendoakan yang baik-baik saja buat Syamsul dan menantu kami, Puteri Sarah untuk keputusan esok. Kami reda dengan apa saja keputusannya. Semoga keputusan itu baik untuk kedua-dua belah pihak.

“Kami reda dengan apa saja keputusan esok. Semuanya adalah ketentuan daripada Allah. Kita memang nak mereka terus bersama, tapi Puteri Sarah juga  ada sebab dengan keputusan dibuatnya,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof berkata apa sahaja yang berlaku beliau dan isteri akan terus menjalin hubungan rapat dengan keluarga Puteri Sarah.

“Sempena Ramadan ini dan tidak lama lagi nak berhari raya pula, saya harap semuanya selesai dengan baik. Saya dan isteri akan terus menjalin hubungan silaturahim yang rapat dengan besan kami, keluarga Puteri Sarah seperti selalu.

“Kami akan terus menjaga hubungan baik ini, saling bertanya khabar dan berkunjung ke rumah masing-masing untuk berhari raya bagi menggembirakan cucu-cucu kami yang dikasihi, Syaikul Islam dan Sumayyah,” katanya.

Ditanya sama ada akan hari ke mahkamah esok, Yusof berkata dia tidak akan hadir, cukup hanya doa semoga semuanya baik-baik sahaja.

Terdahulu, Syamsul reda dengan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan cerai itu yang dijadualkan dibaca di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, jam 9 pagi esok.