fbpx

Kami Belum Sedia Timang Anak Dalam Masa Terdekat

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mendambakan kehadiran cahaya mata, tapi buat pasangan Fattah Amin dan Fazura, soal cahaya mata diletakkan ke tepi dulu kerana ingin meluangkan masa bersama dulu. Bagaimanapun jika rezeki datang awal, Fazura sama sekali tidak menolak.

BACA: Fazura: Saya Wanita Paling Bahagia Sekarang

“Saya tahu jawapan yang saya berikan agak klise iaitu kami tidak menolak rezeki yang Allah tentukan. Cuma buat masa sekarang, kalau boleh kami nak tangguh dulu kerana masing-masing memang sibuk sehingga tahun depan. Lagipun biarlah kami habiskan masa bersama dulu”

Bercerita pula mengenai kehidupan berumah tangga, kemanisan saat-saat bersama suami terserlah hingga mahu ke tandas sekejap pun sudah rindu. Malah agak trending kenyataan itu dimainkan oleh peminat di laman sosial. Hebat penangan cinta Cinderella Fattzura!

“Sayalah wanita paling bahagia ketika ini. Alhamdulillah, saya dikurniakan suami penyayang, memahami dan sangat ringan tulang membantu membuat kerja rumah. Saya rasa seronok sangat bangun pagi, menyediakan masakan dan menunggu suami pulang dari kerja,” katanya kepada Utusan Online.

Untuk pengetahuan, Fattah dan Fazura bakal terbang ke Eropah untuk berbulan madu dan berhenti seketika dari komitmen kerja. Malah kongsinya lagi, sebuah majlis resepsi bakal diadakan sekitar bulan Mac atau April depan. (rtky/w)