Pasti saat ini ramai yang bertanyakan tentang anak Maya Karin setelah hampir setahun lamanya berkahwin dengan Steven David Shorthose.


Komen Maya Karin terhadap persoalan ini mudah sahaja,”Siapa yang tidak mahu anak dan begitu juga dengan saya dan Steve.”

“Buat masa ini, saya dan Steve bahagia dengan kehidupan kami berdua dan masih belum puas lagi kami menikmati kemanisan hidup berdua.”

Jika sampai masa nanti Maya Karin & suami bersedia untuk menerima orang ketiga, pasti kelahiran bayi sulung mereka akan di’nanti peminat. Sejarah gambar bayi eksklusif pasti akan berulang. Sumber: Utusan Malaysia Online