fbpx

“Kalau Shuib Tak Nak, Sah-Sah Saya Pun Tak Nak Shuib Juga”

Sebelum ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida berkata dia tidak menolak seandainya bercinta dengan Shuib Sepahtu apatah lagi pelawak itu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.

Bagaimanapun, lain pula buat Shuib yang mengatakan ti9dak mungkin mereka akan bercinta serta mengakui selesa berkawan dengan Vida atas urusan perniagaan makanan yang diusakan bersama.

BACA: “Tak Mungkin Saya Akan Bercinta Dengan Vida”

Berlapang dada apabila hasrat untuk berjodohan dengan Shuib seperti ditolak, Vida berkata dia mendoakan agar pelawak itu bertemu pengganti yang sesuai.

“Tidak mengapa, kita ‘move on’ sahajalah. Kalau Shuib tak nak (berjodohan dengan saya), dah sah-sah, saya pun tak nak juga.

“Namun, saya mendoakan yang terbaik buat Shuib sekeluarga agar bertemu pengganti sesuai mengisi posisi isteri dan paling penting, ibu buat anak-anaknya,” katanya.

Dalam pada itu, Vida berkata meskipun tidak berjodohan namun dia berharap hubungan baik antara mereka tetap terjalin serta menghormati keputusan Shuib.

“Saya tak mahu disebabkan isu ini hubungan kami sebagai kawan menjadi keruh. Saya kenal benar Shuib, termasuk arwah isterinya.

“Saya menghormati hasrat dan keputusannya dan sebagai seorang wanita, saya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Banyak lagi perkara yang saya boleh lakukan dan kecapi bersama atau tanpa lelaki bernama suami. Cuma pesan saya, anak-anak memang perlukan kasih sayang seorang ibu dan saya percaya, anak-anak Shuib juga begitu,” katanya.