“Kalau Rasa Tak Sesuai, Jangan Tengok” – Amelia Henderson
Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai adegan panas yang didakwa dipaparkan menerusi trailer filem Pulau yang baru sahaja dilancarkan.
Memetik Harian Metro, pelakon Amelia Henderson berkata dia tidak terlibat dengan mana-mana babak panas yang hangat diperkatakan dalam filem tersebut.
BACA: “Tiada Siapa Paksa Anda Tonton, Tak Suka Tak Perlu Tengok” – Ikmal Amry
Amelia turut meminta orang ramai untuk menonton dahulu filem tersebut sebelum membuat penilaian dan jika merasakan tidak sesuai tidak perlu tengok.
“Orang kena tengok movie (filem) itu dulu dan tengok karakter saya dalam filem itu macam mana. Tapi kalau dah tengok dan berasa tak sesuai dan tak suka jangan tengok,” katanya.
Ditanya adakah dia sudah tahu mengenai babak panas dalam filem tersebut, Amelia berkata dia hanya fokus dengan watak diberikan kepadanya.
“Saya fokus pada watak dan jalan cerita watak saya saja. Saya hanya ambil tahu mengenai watak saya saja supaya saya boleh menjiwai watak saya sepenuhnya dengan cara yang betul,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
“Orang kena tengok movie (filem) itu dulu dan tengok karakter saya dalam filem itu macam mana. Tapi kalau dah tengok dan berasa tak sesuai dan tak suka jangan tengok,” katanya.
tengok dulu, dah tengok rasa tak sesuai = jangan tengok
macam mana nak ‘jangan tengok’ benda yang aku DAH tengok tadi dohhh??
Ok jom semua xyah tgk. Boycott
Dia mcm ko pegi club utk jumpa kwn2. Ko pegi bkn utk mabuk2, bkn utk cari jantan utk bwk balik dan main. Bkn utk cari kwn2 yg bole supply ais atau apa2 dadah lps party. Cuma nk fokus lepak dgn kwn2 lama jek. Mungkin dia biasa buat mcm tu tp sebenarnya sama jek ko dgn org2 dlm tu.
dah 2 pelakon dia cakap jangan tengok. siapa tengok jugak mmg tak cerdik.
@cren… totally agree ?
Actually not ?..i type 100 percent
Lots of mix. Biasa lah kena extra sexy.
Datuk Michelle Yeoh pun pandai pilih filem untuk belakon. Dia umur 60 tahun baru menang Golden Globe award kat Hollywood. Setakat tunjuk body. Bakat lakonan kelaut. Level drama pukul 7 ptg. Such a waste of time to watch this bunch of wannabe filmstars…hahahaha.
Jom BOIKOT
BOIKOT
Yg punya filem pun jgn bodoh buat crite mcm tu ..tk pikir sebelum buat ke..byk je plot crita leh buat anak sesat dlm pulau ke …buat filem murahan mcm tu.sikit sikit nk tayang nasik lemak …mcm tkde benda lain .nmpk sgt terdesak …sape pegi tengok tu mmg tk cerdik la kan haha.harap filem ni kena banned la…
kalo dh nama raja azmi… ape nk heran
@CakapPutarBelit …… dah jd mcm lucah pulak dah. Kena tengok dulu pastu baru tahu suka ke tak suka. Dah tengok kalu tak suka tak jd kawen lah.