“Kalau Nak Kata Ini Kifarah Buat Saya, Saya Terima”

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh berkata dia menerima dengan hati terbuka serta menganggap apa yang menimpanya sebagai kifarah kesilapan lalu.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Fara berkata dia tidak tertekan dengan ujian yang menimpa sebaliknya menerimanya kerana sebelum ini dia berbuat salah.

BACA: Fara Salleh Mohon Kerjasama Shuk, Mahu Anak Berbintikan Nama Bapanya

“Kalau nak kata ini adalah kifarah buat saya, saya terima sebab saya memang buat salah pun sebelum ini. Saya tak rasa apa yang saya lalui ini satu bebanan atau tekanan sebab dulu saya buat orang kan? Dan sekarang sayalah pula yang kena. Dengan hati yang terbuka, saya menerima semua ini,” katanya.

Sementara itu, Fara berkata dia kesal dengan Shuk yang menceraikannya menerusi panggilan telefon dan tidak berjumpa dengan keluarga jika benar mahu berbuat demikian.

“Nak kata sedih itu mungkin lebih kepada anaklah. Dan mungkin ini dah bahagian serta kifarah buat saya tapi anak yang terkena tempias.

“Ada satu benda yang saya kesal sangat ialah kenapa dia tak berjumpa dahulu dengan keluarga kalau betul nak bercerai. Sekurang-kurangnya anak saya ini terjamin masa depannya andai kata saya tak selamat ke apa nanti waktu bersalin,” katanya.

×