Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal memberi nasihat kepada wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga untuk menyayangi diri mereka.
Memetik Oh Bulan, Ustaz Don berkata selain berdoa kepada Allah mereka yang menjadi mangsa perlu membuat laporan polis.
BACA: Ustaz Don Tidak Akan Bersiaran Di Radio
“Pertama, kalau melibatkan kekerasan rumah tangga, jangan doa sahaja. Kena pergi lapor polis. Kita kena sayang diri kita dulu. Macam mana Allah nak suruh mahkluk lain sayangi kita kalau kita tidak sayangkan diri sendiri,” katanya.
Sementara itu, Ustaz Don berkata wanita dicipta dari tulang rusuk iaitu dekat hati kerana untuk disayangi dan dilindungi terutamanya oleh suami.
“Kata ulama, wanita tidak diciptakan daripada tulang kepala tengkorak untuk dijadikan ketua semata-mata, dan tidaklah diciptakan perempuan daripada tulang kaki untuk dipijak-pijak.
“Tidak juga diciptakan daripada tulang punggung, maknanya bukan tempat tak baik tapi diciptakan daripada tulang rusuk dekat dengan hati untuk disayangi dan dicintai.
“Jadi jika ‘bahasa cinta’ ditunjukkan suami menerusi kekerasan, dalam Islam sendiri minta pergi mengadu. Kasar sangat bahasa cinta dia (suami) macam tu,” katanya.
SUMBER: OhBulan