fbpx

“Kalau Mak Hang Hantaran RM93,000, Aaisyah Nanti Kena RM900,000”

Pelakon jelita Rozita Che Wan menitipkan pesanan kepada anak perempuannya Aaisyah Dhia Rana untuk memperlajari asas ilmu rumah tangga sebagai seorang wanita.

Menerusi satu video, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berseloroh kepada anaknya jika mahu wang hantaran tinggi seorang perempuan itu perlu pandai melakukan kerja rumah.

BACA: Che Ta Mahu Gajikan Menantu Pembantu Rumah

Turut menjadi perhatian, Che Ta berkata wanita juga perlu pandai berdikari selain perlu tahu ilmu rumah tangga dan bukan hanya tahu ‘melawa’ sahaja.

@rozitachewan1

Aaisyah, kalau mak hang hantaran 93 qibu , aaisyah nanti kena 900 qibu ???? Kalau pegang sendok pun tk qeti , jadi anak daqa tua nanti .. Tp aaisyah tip top kan? . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan #fyp

? original sound – Abg Pau ?? – Abg Pau ??

“Nak wang hantaran tinggi, kena pandai buat kerja rumah. Nak duit hantaran tinggi perlu cerdik dan pandai buat kerja rumah, tahu semua, macam mummy.

“Cari duit pun pandai macam mak awak ini. Jangan tahu nak melawa pakai gincu merah sahaja. Perlu pandai mengaji dan solat jangan tinggal,” katanya.

Sementara itu, Che Ta turut mengatakan dia menerima wang hantaran sebanyak RM93,000 daripada Zai Saidin dan duit hantaran Aaisyah berkemungkinan mencecah RM900,000.

“Kalau dulu mummy terima wang hantaran RM93,000, Aaisyah nanti kena RM900,000. Kalau pegang senduk pun tak reti, jadi anak dara tua nanti. Tapi Aaisyah hebat bukan?” tulisnya.

SUMBER: HibGlam