Penyanyi Baby Shima dilihat ada bertanyakan soalan di laman Threads miliknya berkenaan keturunan jawa.
Menerusi hantaran itu, Shima berkata mereka yang berdarah Arab dan Pakistan bukan orang Melayu, namun bagaimana pula dengan mereka yang berdarah Jawa adakah mereka juga Melayu.
BACA: “Periksa Baki Bank Orang Itu Sarang Dosa” – Baby Shima
“Darah Arab dan Pakistan memang bukan orang Melayu. Tapi kalau Jawa, kira Melayu juga ke?” tulisnya.
Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun perkongsian itu dikaitkan dengan kenyataan pempengaruh Ameera Khan sebelum ini.
Sementara itu, perkongsian Shima itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen dan ada yang memberikan penjelasan mengenai konsep Melayu di Malaysia.
Terdahulu, Ameera mengakui dia tidak mempunyai darah Melayu serta menjelaskan ibunya berketurunan Arab dan bapanya pula keturunan Pakistan. Ameera berkata dia bukan tidak mahu mengaku dirinya berbangsa Melayu tetapi ibu bapanya tiada darah Melayu.