Penerbit Gayatri Su-lin Pillai berkata dia tidak sangka gambar raya bersama Zul Ariffin yang dikongsikan di Instagram baru-baru ini menjadi perhatian ramai.
Memetik BH Online, Gayatri berkata dia berkunjung ke rumah kakak Zul seperti yang dilakukan seperti kebiasaan bagi menyambut hari raya.
BACA: Tiap Tahun Raya Bersama, Zul Ariffin Dah Anggap Gayatri Macam Keluarga Sendiri
“Saya rasa sejak dulu saya akan ‘post’ satu gambar dan beraya macam biasa di rumah Hanim Ariffin (kakak Zul). Saya pun tak tahu mengapa orang beri lebih perhatian, tiba-tiba sahaja. Setiap tahun saya akan ‘post’, tapi kita doa-doakan yang terbaik sahaja,” katanya.
Apabila ditanya sama ada dia adalah suri hati kepada pelakon berbadan sasa itu, Gayatri mengambil pendekatan tidak mengiyakan atau menafikan.
“Macam biasa saya cakap dari dulu berkenaan jodoh, kalau ada jodoh, adalah dan kalau tiada, maka tiada. Setakat ini, saya belum umumkan apa-apa dan saya juga penerbit, jadi saya tidak berminat mengenai tanggapan netizen.
“Mereka hendak tahu mengenai Zul sebenarnya dan tak mahu tahu mengenai saya. Jadi, saya fikir tak perlu respon, kalau jadi, jadilah. Dan kalau tak jadi, tak adalah,” katanya.
Usia sudah mencecah 49 tahun, Gayatri berkata dia tidak tergesa-gesa untuk menamatkan zaman bujang serta menyerahkan soal jodoh kepada takdir.
“Sudah tentu kahwin itu penting, tapi ia bukan perkara ditekankan sejak dulu. Macam saya cakap, kalau jadi dengan Zul, jadi. Tapi kalau tak dengan Zul, mungkin dengan orang lain, maka jadilah. Jodoh ini di tangan Tuhan,” katanya.
SUMBER: BH Online