fbpx

“Kalau Isteri Bersalin, Tolonglah Masuk Tengok” – PU Riz

Pendakwah bebas PU Riz atau Haris Ismail menasihati para suami agar menghargai pengorbanan isteri terutama selepas mereka bertarung nyawa melahirkan cahaya mata.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, PU Riz berkata perjuangan isteri dalam melahirkan cahaya mata bukan perkara mudah serta mengingatkan para suami menerima fizikal isteri seadanya.

BACA: “Isteri Saya Ni Baik Belaka, MasyaAllah” – PU Riz Kongsi Doa Rumah Tangga

@seorangnur

Dengar tu para suami, sentiasa ingat dan hargai pengorbanan isteri ??#neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou

? original sound – bintuSijan_. – philophobia

“Kalau seorang isteri dah beranakkan anak kita dan kita pun tenang tengok anak-anak. Kalaulah ada lebihan-lebihan ‘tayar spare’ dekat badan dia atau badan dia dah tak macam dulu, kita tidak lagi lihat kepada itu semata-mata tapi lihat kepada pengorbanan isteri,” katanya.

Sementara itu, suami kepada selebriti popular, Neelofa itu turut meminta para suami agar menemani isteri mereka ketika sedang melahirkan cahaya mata serta menyaksikan sendiri pengorbanan isteri.

“Sebab tu orang lelaki, kalau isteri tengah bersalin tolonglah masuk tengok. Saya pertama kali masuk rasa nak pitam dalam bilik tu, selepas itu yang kali kedua pun saya rasa nak muntah juga. Bukan geli, tapi rasa kesian.

“Kalau dia pakai seksi dan ada ‘beberapa lebihan’, jadikan ia satu peringatan untuk kita. Kita hargailah pasangan kita, terutama yang pernah bersalin dengan penuh kesusahan,” katanya.