Sebelum ini, ini hangat diperkatakan mengenai kenyataan pelakon Sharnaaz Ahmad mengatakan dia tidak pernah mengiyakan hubungan cintanya dengan aktres Amelia Christie.
Bagaimanapun, Sharnaaz tampil menjelaskan bahawa netizen salah faham mengenai apa yang diperkatakan dalam temu bual itu hanya menjawab pertanyaan diajukan oleh pihak media.
BACA: “Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni”
Memetik Harian Metro, Amelia berkata dia menerima saja dengan kenyataan Sharnaaz itu dan menegaskan tidak pernah menyekat atau berhenti mengikuti mana-mana akaun media sosial.
“Kalau dia tak pernah mengiyakan apa yang kami ada (hubungan) selama ini, saya terima saja. Terus-terang saya tidak mahu membesarkan hal yang kecil. Tapi, saya perlu jelaskan di sini saya tidak pernah ‘unfollow’ dan sekat akaun media sosial mana-mana pihak.
“Walau bagaimanapun, saya terima dengan hati terbuka dan ‘move on’. Saya akui perjalanan hidup saya masih panjang dan perlu tempuh macam-macam lagi dugaan.
“Saya bersyukur sebab Allah hadirkan orang yang baik dalam hidup saya. Sayang dan kasih saya pada Jebat Jayden (anak Sharnaaz) ikhlas dan tulus,” katanya.
Dalam pada itu, penjelasannya itu bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa apatah lagi bermusuh dengan mana-mana individu dan fokusnya ini adalah pada perniagaannya.
“Fokus utama saya sekarang adalah memastikan perniagaan saya berjalan lancar. Alhamdulillah, saya gembira dengan kerjaya sebagai usahawan sekarang.
“Saya juga ingin jelaskan niat saya buat kenyataan ini bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa dan saya tak nak bermusuh dengan mana-mana pihak.
“Saya cuma nak teruskan hidup dengan hal yang boleh menggembirakan dan membuatkan fikiran saya lebih positif,