fbpx

Pelakon Didie Alias berkata dia tiada niat untuk membuka aib mahupun memburukkan sahabatnya, Enot dalam temu bual bersama Melodi baru-baru ini.

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

Memetik mStar Online, Didie berkata ia hanya sekadar luahan hati selepas Enot membuat keputusan untuk memulakan kehidupan baru dan tidak lagi menetap di Kuala Lumpur.

BACA: DidIe Alias Sedih Rakan Pelawak ‘Kahwin’ Dengan Pengkid

Tambah lagi, jika menonton semula video tersebut dia tidak bercakap buruk mahupun menyebut nama sesiapa serta berharap Enot mendengar semula temu bual tersebut.

“Sebagai seorang kawan, saya hanya luahkan apa yang tersimpan dalam hati sebab dia pergi tanpa cakap apa-apa. Kalau tonton temu bual itu, saya tidak bercakap buruk atau menyebut namanya.

“Sudah lama simpan apa yang saya rasa sebab selama ini ramai yang bertanya dengan Enot. Saya pun tak boleh nak berikan jawapan sebab saya tak tahu keadaan dia.

“Saya harap dia dengar semula dan faham apa yang saya maksudkan (dalam temu bual tersebut),” katanya.

Dalam pada itu, Didie berkata dia bersedia untuk mendengar penjelasan Enot tentang luahan hatinya termasuk punca sebenar dia menjauhkan diri daripadanya selain aib yang disimpan.

Bagaimanapun, Didie berkata dia tidak mahu berjumpa dengan Enot dalam masa terdekat ini kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya pun tak tahu apa yang dia maksudkan. Tak tahu aib apa yang dia simpan. Mungkin saya juga ada buat salah. Buat masa sekarang saya tidak tahu sama ada mahu berjumpanya atau tidak. 

“Saya rasa seperti seorang yang gagal apabila jadikan dia untuk dijaga. Itu pilihan dia sekarang. Saya hanya mampu berdoa dari jauh,” katanya.

Kata Didie lagi, dia kesal apabila timbul dakwaan Enot kini menjalinkan hubungan songsang dengan seorang wanita. Malah, Enot turut terbuka mempamerkan kemesraannya bersama ‘kekasih hati’ di media sosial.

“Kalau dia pilih lelaki, saya tak kisah. Malah, saya boleh taja majlis persandingan kalau dia mahu berkahwin.. tapi dia ada pilihan sendiri

“Saya cuma katakan kepada individu itu, jagalah Enot dengan baik. Saya dah tak mahu dengar cerita dia minta bantuan kewangan, sedangkan sebelum ini sudah cakap nak mulakan kehidupan baru,”katanya.