fbpx

“Kalau Dah Nama Lelaki, Sampai Mampus Orang Akan Salahkan”

Perkongsian pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar potongan rambut barunya berserta dengan kapsyen lelaki selalu dipersalahkan.

Menerusi entri itu, Sharnaaz berkata sudah menjadi lumrah lelaki akan sering dipersalahkan namun tiada siapa akan bertanya kenapa lelaki itu marah atau melakukan sedemikian.

BACA: Amelia Christie Akui Single, Cari Lelaki Baik Hati & Sopan Santun

“Kalau dah nama lelaki, sampai mampus pun orang akan tetap salahkan. Tapi orang tak akan pernah tanya kenapa dia (lelaki) marah atau buat macam tu. Hey kawan, teruskan biar mati kita bermakna satu hari kelak. Salam Ramadan,” tulisnya.

Perkongsian Sharnaaz mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terutama kaum lelaki yang bersetuju dengan pendapat aktor itu. Malah, ada yang mengatakan wanita sentiasa betul dan tidak pernah salah.

Sebelum ini, aktres Amelia Christie mengesahkan dirinya kembali single sekaligus menjawab status hubungannya dengan Sharnaaz.