fbpx

Spekulasi mengenai kemelut rumah tangga Hafiz Suip dan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengakui mereka dalam proses bercerai.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Hafiz berkata dia dan isterinya tidak lagi tinggal bersama serta sedang berunding tentang hak penjagaan anak-anak.

BACA: Berjubah & Berkaca Mata Hitam, Posting Isteri Hafiz Suip Jadi Perhatian

“Kami masih suami isteri cuma tidak lagi tinggal bersama kerana dalam proses cerai. Kami sedang berunding hak penjagaan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Hafiz berkata dia sedia melepaskan isterinya jika sudah tiada persefahaman dan mahu selesaikan rumah tangga mereka secara baik tanpa ada campur tangan orang luar.

“Saya cuma nak selesaikan dengan cara baik tanpa ada ganguan pihak-pihak lain. Kalau dah memang kami dah tiada persefahaman, saya akan lepaskan dengan cara baik.  Tak mahu rumitkan keadaan, biarlah semuanya selesai cara baik jangan anak-anak jadi mangsa keadaan,” katanya.

Untuk rekod, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada Mei 2016. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammaf Riyadh Zafri dan Muhammaf Alkaf Zayne.