Pelakon Nad Zainal menitipkan nasihat kepada wanita yang impikan pasangan sempurna untuk perbaiki kekurangan diri jika mahu meletekkan kriteria tinggi dalam mencari jodoh.
Memetik HibGlam, Nad berkata dia melihat ramai golongan muda meluahkan hasrat tidak mahu berkahwin kerana belum bertemu dengan lelaki diimpikan.
BACA: “Misi Nak Berjimat Tahun Ini” – Nad Zainal Beli Baju Raya Bawah RM100
“Kadang-kadang kita berdoa setiap hari (nak pasangan), mungkin Allah SWT lambat nak perkenankan. Jadi bagi saya, kita kena terus positif.
“Saya kongsi perkara ini kerana dalam Threads ramai kongsi tak nak kahwin sebab tak ada lelaki ‘green forest’ dan baik. Ada lelaki begitu tetapi kalian pun kena muhasabah diri,” katanya.
Sementara itu, Nad berkata jangan mengharapkan lelaki ‘green forest’ seandainya diri tidak berada di haluan sama dan kedua-duanya perlu usaha perbaiki diri bersama jika mahu hubungan yang kekal.
“Kalian pun perlu sama-sama ‘green’ dengan lelaki yang anda nak ‘green’ itu. Kalau kalian pun acah-acah, tak cukup ‘green’ lagi, tak bolehlah nak harapkan lelaki ‘green forest’ datang kepada kalian. Jadi kita sama-sama kena berubah,” katanya.
Dalam pada itu, Nad berkata sikap seseorang semasa bercinta tidak semestinya dilihat sama selepas berkahwin dimana akan memaparkan realiti yang sebenar.
“Carilah pasangan yang tepat sebab bercinta dengan perkahwinan itu berbeza. Mungkin waktu bercinta nampak dia ‘green flag’ tetapi selepas itu tidak.
“Jadi kena cari yang ‘husband material’, kena tengok lelaki yang memang pentingkan keluarga (family-oriented) dan perlu tahu juga di mana pasangan itu nak cari di mana. Kalau cari di kelab malam, tak dapatlah ‘green forest” katanya.
Sumber: HibGlam