fbpx

“Kalau Boleh Nak Rahsiakan Saya Hamil Tapi …”

Baru semalam Amar Baharin mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua, Amyra Rosli tidak menyangka suaminya berbuat demikian kerana sebenarnya beliau ingin merahsiakan dulu kerana masih diawal kehamilan.

BACA: Amyra Rosli Umum Hamil Anak Kedua

“Kalau boleh nak rahsiakan dulu tetapi tak sangka Amar sudah umumkan berita kehamilan ini sempena hari jadinya hari ini. Usia kandungan saya baru masuk dua bulan. Sebenarnya saya tidak mahu umumkan lagi”

“Tetapi mungkin sempena hari lahirnya hari ini, dia mahu memberikan sesuatu istimewa. Kalau ikutkan saya, nanti dulu sebab masih di peringkat awal. Entah kenapa kehamilan kedua ini saya berasa malu untuk berkongsi”

Dalam masa yang sama, Amyra turut memohon doa dari peminat agar kandungannya diberikan kesihatan yang baik dan segalanya berjalan lancar. Difahamkan Amyra dijangka bersalin pada Februari tahun depan.

“Doakan semoga kehamilan kedua ini dipermudahkan. Saya dan Amar tidak merancang tetapi rasanya sudah masa yang sesuai sebab anak sulung berusia dua tahun,” katanya mengenai berita gembira itu. (rtky/w)