Menerusi siaran langsung di Instagram baru-baru ini, pempengaruh media sosial, Ameera Khan menjawab beberapa pertanyaan netizen termasuk mengenai niatnya untuk berhijab.
Menurut Ameera dia nekad untuk berhijab apabila sampai waktunya nanti tanpa ada perasaan untuk kembali membuka tudung.
BACA: Ameera Khan Dedah Lebih Terpikat Dengan Lelaki Indonesia
“Soalan ini saya tanya diri saya banyak kali bila nak pakai tudung. Dalam hidup, saya pakai tudung dalam dua ke tiga kali dan selalu buka balik. Kalau nak pakai tudung, saya mahu pakai sampai bila-bila tanpa buka.
“Insya-Allah dengan doa mama, daddy, semua saya akan pakai juga tudung suatu hari nanti,” katanya.
Sementara itu, Ameera berkata bukan dirinya tidak bersedia sebaliknya menunggu masa yang sesuai serta mendoakan wanita di luar sana yang berusaha untuk mengenakan hijab agar dipermudahkan urusan.
“Semoga Allah SWT permudahkan segalanya dan kepada sesiapa yang menonton live ini yang sedang berusaha untuk berhijab tetapi mengalami situasi yang sama, saya doakan yang terbaik untuk anda semua,” katanya.