Umum mengetahui, hubungan antara pelakon Zarina Anjoulie dan tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey dikhabarkan sudah pun putus ditengah jalan.
Menerusi satu penjelasan panjang lebar, Khazrul menjawab pertanyaan daripada netizen menjelaskan bukan berat badan menjadi masalah dalam perhubungan mereka.
BACA: “Maaf Saya Tak Cukup Sempurna, Saya Masih Usaha Untuk Berubah” – Zarina Anjoulie
Terbaru, menerusi satu perkongsian di TikTok, Zarina atau lebih mesra disapa Anju meminta kepada tunangnya itu supaya menjadi ‘gentleman’ untuk selesaikan masalah mereka.
Katanya, jika masih sayangkan hubungan lebih baik hubungi terus untuk berbincang dan bukannya memuat naik perkongsian di TikTok.
“Kalau awak rasa saya sayang lagi hubungan kita kemudian jadi gentlemen, call saya, mesej saya. Bukan posting kat TikTok pasal saya. Awak pernah jadi tunang saya, sudah tentu saya boleh bincang dengan awak,” tulisnya.
Dalam pada itu, Anju turut mendedahkan bahawa disebabkan ego hubungan mereka terlerai serta meminta supaya Khazrul untuk perbaiki serta selesaikan masalah berkenaan.
“Ingat ego adalah punca utama boleh hancur mana-mana hubungan. Sebab ego lah hubungan kami hancur. Jadilah seorang lelaki dan perbaiki ia,” tulisnya.
Sebelum ini, Khazrul berkata dia menerima Anju seadanya dan bukan isu berat badan menjadi masalah namun ada perkara lain perlu diselesaikan.