fbpx

“Kalau Anda Terkejut, Kami Pun Sama” – Heliza Helmi

Genap seminggu mendirikan rumah tangga, akhirnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi akhirnya memuat naik foto hari bahagianya bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Menerusi entri itu, Heliza meluahkan ras syukur di atas aturan Allah SWT. Kata Heliza jika orang ramai terkejut dengan berita perkahwinannya itu, dia dan suami juga rasa perkara yang sama.

BACA: Penuh Barakah, Netizen Idam Majlis Perkahwinan Seperti Heliza & Mahadi

“Kun fayakun. Jadilah maka terjadilah. Jika Allah menghendaki sesuatu, maka apapun dapat terjadi. Maka dengan izin dan kekuasaan Allah SWT, maka terjadilah kami sebagai pasangan suami isteri.

“Allah Maha Besar. Tiada daya upaya kami melainkan Allah. Terlalu bersyukur atas segala yang Allah aturkan,” katanya.

Dalam pada itu, Heliza turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana sudi memperisterikannya kerana baginya dirinya bukanlah siapa-siapa.

“Terima kasih buat suami sudi memperisterikan diriku ini yang bukan siapa siapa,” katanya.

1 Januari lalu, berita perkahwinan Heliza bersama pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ternyata mengejutkan ramai.