“Kalau Aku Nak Tangkap Lelaki Kaya, Dah Lama” – Diana Danielle

Pelakon dan penyanyi Diana Danielle mempertahankan diri apabila ada netizen meninggalkan komen wanita sepertinya mudah mendapat duit dengan mengahwini lelaki kaya.

Membalas komen individu berkenaan, Diana berkata jika mahu cari duit perlu bekerja dan dia tidak perlu berbuat demikian kerana sudah sedia kaya.

BACA: Diana Danielle Okay Sambut Raya Sendirian

Tambah Diana lagi, dia boleh berdiri dengan kaki sendiri tanpa mengharapkan kekayaan dari lelaki serta mengatakan ramai golongan lelaki sekarang bergantung pada wanita.

“Nak cari duit, kerja. Kalau aku nak tangkap lelaki kaya dah lama dah dik. Sekarang yang kaya aku ni ha. Lelaki pun ramai je yang bergantung dekat perempuan,” tulisnya.

Komen balas Diana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju dengan kenyataannya itu serta meminta pelakon itu tidak melayan komen negatif netizen.

×