fbpx

Kakak Neelofa Minta Maaf Isu Zouk

Noor Nabila bagi pihak NH Prima International Sdn Bhd memohon kepada semua diatas kontroversi tercetus di pusat hiburan, Zouk tempoh hari. Selain menjelaskan ‘kehalalan’ barang yang digunakan, Nabila menjelaskan pihaknya mendengar luahan dan teguran orang ramai.

BACA: Wardina Harap Neelofa Tarik Balik Kenyataan

“Kami juga mendapatkan katerer luar untuk menyajikan makanan halal. Semua perkasas termasuklah sudu, garpu dan gelas yang digunakan oleh para tetamu juga disediakan oleh katerer tersebut. Untuk makluman, kami kini telah mengambil langkah segera untuk membetulkan situasi ini”

“Tiada yang lebih penting dari mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua. Kami mengambil serius dan mendengar semua komen mengenai isu ini dan kami akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelakkan insiden yang sama berulang”

“Kami akan pastikan isu keagamaan dan kebudayaan akan dititikberatkan dalam setiap keputusan yang dibuat pada masa hadapan dan kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan,” katanya.

Baru-baru ini perasan juga kampen boikot tudung Neelofa selepas kontroversi yang tercetus baru-baru ini. Harapnya Naelofar Hijab dapat mengembalikan keyakinan pembeli semula. Tapi kenapa Nabila seorang sahaja yang mohon maaf tapi bukan Neelofa sekali? Ramai yang tunggu ni. (rtky/w)