fbpx

Kaka Azraff Rampas Kekasih Tasha Shilla, Punca Putus?

Ketika peminat masih tertanya-tanya status Tasha Shilla dan juga Hans, timbul pula khabar angin yang mendakwa Kaka Azraff adalah sebagai individu yang bertanggungjawab di atas perpisahan pasangan kekasih yang pernah merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

BACA: Hans Wong: Beri Tasha Shilla Masa Jelaskan Status Hubungan

Menurut sumber yang dipetik daripada Astro Gempak, Kaka didakwa telah dikeluarkan daripada kumpulan Whatsapp yang terdiri daripada beberapa rakan-rakan artis (termasuk Tasha) kerana tidak suka dengan perbuatannya itu malah turut dicop sebagai perampas.

Sehingga kini, mahu pun Tasha atau Hans, masing-masing belum bersedia mahu menjelaskan perkara sebenar di sebalik perpisahan mereka. Yang kami pelik, tidak ada lelaki lainkah di atas dunia ini melainkan Hans? Apa-apa pun, kami berharap agar perkara ini dapat dijelaskan oleh Tasha satu hari nanti. (rtky/syfq)