fbpx

“Kain Baju Tebal, Tidak Menampakkan Bahagian Yang Tak Sepatutnya”

Perkongsian terbaru pelakon dan penyanyi Nabila Razali mengundang kecaman ramai apabila memuat naik gambar memakai baju renang.

Rata-rata netizen kurang senang dengan pakaiannya itu kerana dikatakan agak ketat dan menonjolkan bentuk badannya.

BACA: Ditinggalkan Kerana Orang Ketiga, Nabila Razali Belum Boleh Duduk Semeja Dengan Bekas Kekasih

Memetik mStar Online, Nabila berkata baju tersebut sesuai dengan aktiviti yang dilakukannya serta baju tersebut tidak menampakkan bahagia tidak sepatutnya.

Malah, Nabila berkata dia sudah bertanyakan kepada ibunya sama ada perlu memadam atau tidak perkongsian tersebut.

“Selepas terima DM, saya ada bertanyakan kepada ibu. Dia tidak ada masalah kerana itu adalah baju mandi dan memang sesuai untuk aktiviti yang dilakukan. Material baju tersebut cukup tebal dan tidaklah menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya,” katanya.

Enggan melatah serta memahami tindakan peminat yang sentiasa prihatin dengan perkongsiannya, Nabila mengucapkan terima kasih di atas teguran diberikan serta akan memperbaiki diri di masa akan datang.

“Saya terima teguran dengan hati terbuka. Kalau perkara itu salah, ia tetap salah. Doakan yang terbaik buat saya,” katanya.