Kahwin Dua Aturan Allah, Alif Teega Bakal Temukan Aisyah & Fatin

Dikecam teruk susulan tindakannya berkahwin dua, pempengaruh media sosial, Alif Teega menganggap apa yang berlaku atas aturan Allah susulan fitnah membabitkan dirinya.

Memetik mStar Online, Alif tampil mempertahankan dirinya bahawa tuduhan dia memukul isterinya, Aisyah Hijanah adalah fitnah serta menafikan dakwaan dua tahun dia mempunyai hubungan dengan isteri barunya, Fatin.

BACA: Laporan Perubatan Tular, Aisyah Hijanah Dipukul Berulang Kali Ketika Hamil?

“Ada yang kata saya pukul dan abaikan tanggungjawab sebagai suami, buat perkara tak baik pada Aisyah sepanjang dia mengandung.

“Perkara itu adalah satu fitnah yang sangat besar… Ada juga akaun palsu saya, Aisyah dan isteri kedua Fatin, serta keluarkan banyak kenyataan yang tidak masuk akal.

“Sangat teruk kerana ada yang kata dua tahun saya ada relationship, benda itu tak berlaku dan perkara sebenar cuma sebulan saja, Allah atur dengan sangat mudah,” katanya 

Sementara itu, Alif berkata kenyataan mengenai dia berkahwin lain itu adalah persetujuan bersama dengan isterinya Aisyah Hijanah untuk mengelakkan fitnah.

“Berkaitan dengan nikah itu, Alif dengan Aisyah memang bersetuju untuk kami uar-uakan dalam keadaan murni dan baik. Sebab kalau Alif sorang saja yang menceritakan nampak macam aku sorang je dalam hal ni.

“Tapi sebenarnya Alif dah bagi tahu Aisyah seminggu sebelum tentang perkara ini dan dia sendiri yang cakap lebih baik kita uar-uarkan supaya tiada fitnah pada saya sendiri. Sebab itu posting dia sangat baik sangat murni,” katanya.

Ditanya mengenai keputusannya berkahwin dua, Alif berkata dia tidak boleh mengulas lanjut kerana baginya apa saja alasan tidak akan memuaskan hati semua pihak.

“Sebagai manusia hidup kita telah pun diurus oleh Allah. Garis kehidupan kita telah disusun oleh Allah cantik dan hakikatnya kita hanya menjalani saja hidup ini dengan reda dan apa yang Allah hidangkan untuk kita, InsyaAllah.

“Benda ni siapa-siapa pun tak boleh terima, sangat-sangat menyakitkan. Even saya sendiri pun kalau saya fikir semula memang meyakitkan untuk anak saya ke adik perempuan saya ke.

“Hakikatnya inilah jalan kehidupan yang Allah dah susun. Soal hati ni benda yang kita tak boleh sebutkan, hati ni Allah yang pegang jaga hati kita, kita boleh berdoa supaya Allah jaga hati kita,” katanya.

Dalam pada itu, Alif berkata dia merancang untuk temukan Aisyah dan Fatin. Ujarnya sebagai suami, dia memainkan peranan penting untuk harmonikan keluarganya.

×