Pasti ramai tahu, usahawan sensasi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sudah berhijrah ke Australia. Bagaimanapun, masih ramai yang masih mengikuti perkembangan Sajat.
Baru-baru ini, penyanyi Nourul Wahab memuat naik perkongsian di Instagram bertemu dengan Sajat di Sydney, Australia. Menurut Nourul dia terkejut mendengar cabaran terpaksa dilalui usahawan itu.
BACA: Lupa Nak End Live, Netizen Terhibur Tengok Sajat Tidur Berdengkur
View this post on Instagram
“Ternganga mulut dengar cabaran nya. And you wonder why. Inspired and sentiasa sebut Allahuakbar dengar cerita nya. Ya allah Jat, kau kuat adik,” tulis Nourul.
Menerusi perkongsian itu, Nourul turut meminta orang ramai tidak menjatuhkan hukum terhadap kehidupan seseorang serta berhenti bertanyakan mengenai perkara itu.
“Terima kasih Sajat. Orang tanya apa amazing nya? Jika anda tidak tahu perjalanan seseorang, sebaiknya jangan tanya kenapa. Tutup kisah itu. Simpan dalam lipatan sejarah kehidupan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nourul juga berkata dia akan menyimpan kisah yang dikongsikan Sajat kepadanya serta menyifatkan usahawan itu seorang yang baik hati.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Sajat gagal dikesan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap. Sajat dilaporkan berjaya meloloskan diri ke Thailand ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).