fbpx

Jumpa Bungkusan Atas Kereta Isteri, Caprice Cabar Pelaku Bersemuka

Penyanyi rap Caprice dilihat ada memuat naik video memaparkan keadaan kereta isterinya yang sengaja dikotorkan serta pelitup muka birisi tisu dibuang di atas bonet kereta berkenaan.

Menerusi video itu, Caprice berkata berkata dia juga hairan kerana tidak pernah mendedahkan dimana dia tinggal serta percaya isterinya menjadi sasaran kerana ianya diletakkan di kereta Farra Inalis dan bukan keretanya.

BACA: Individu Dakwa Ebit Lew Mungkir Janji, Caprice Minta Belajar Dari Mondy

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Kata Caprice lagi, tindakan tersebut sangat melampau kerana menganggu keselamatan keluarganya serta mencabar individu tersebut untuk bersemuka dengannya jika berani.

Dalam pada itu, menerusi video dikongsikan itu laporan polis turut dibuat di Mont Kiara berhubung kejadian berkenaan.

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai Caprice dan isterinya, Farra Inalis susulan podcast menjemput Abang Tesla berkenaan isu poligami.