Juliana Evans Nafi Bercinta Di Michigan & Kini Nikmati Hidup SoloMinggu lalu, beberapa keping gambar Juliana Evans bersama seorang jejaka yang tidak di’kenali menjadi perhatian media & para peminat dunia hiburan.

Ada yang mengatakan pasangan ini sedang hangat bercinta & Juliana Evans kini mempunyai kekasih hati sebagai teman beliau di’sana. Aktress ini pantas menjawab isu ini.


“Boyfriend? Ain’t nobody got time for that! Enjoying my single life!” tulis Juliana Evans di akaun Twitter semalam sebagai satu jawapan kepada persoalan di’sekitar gambar tersebut.

Menjawab juga beberapa pertanyaan peminat, Juliana Evans berkata yang fokus beliau kini hanya kepada pengajian beliau selain merasa pelik dengan tanggapan liar beberapa pihak.


“Tidak tahu pula menaiki bot dan pergi ke pantai boleh rosak akhlak,” tulis beliau lagi selain menyelar media tempatan yang tidak mendapatkan penjelasan beliau terlebih dahulu.