fbpx

Julia Perez Berlakon Bawah Arahan Murali Abdullah, Perlekeh Drama Malaysia

Bukan Julia Perez namanya jika berita berkaitan beliau tidak terpalit kontroversi — dan, kerana itu pun selama ini di'kenali oleh rakyat Malaysia, bukan kerana kerjaya seni.

Jangan anda risau kerana pengarah terkenal Malaysia, Murali Abdullah telah pun memilih Julia Perez untuk membintangi filem terbaru beliau berjudul Sumpahan Malam Pertama.

Tajuk filem pun sudah lain macam kami baca & nyatanya Julia Perez kini berada di Malaysia untuk menjalani pe

nggambaran untuk filem bergenre komedi tersebut.

Yang kurang sedapnya, ketika berhenti rehat untuk menunggu rakaman babak filem seterusnya, Julia Perez sempat menonton sebuah drama tempatan & memberikan komen kurang enak.

“Nunggu giliran take sambil nonton sinetron Malaysia. Oh my GOD, Indonesia kita jauh maju, kita maju sekali — bangga jadi orang Indonesia,” tulis beliau di akaun Twitter.

Tidak pasti drama apa yang di'tonton Julia Perez namun yang pasti beliau baru baru ini berada di USM, Pulau Pinang yang menjadi lokasi penggambaran filem Murali Abdullah itu.

zp8497586rq