Julia Farhana Tak Terfikir Bakal Kahwin Dengan Bapa Tunggal, Ikut Pilihan Ibu
Bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, pelakon Julia Farhana mendedahkan dia mengenali Dr Che Muhammad Hafiz sejak dua tahun lalu melalui ibunya.
Memetik mStar Online, Julia berkata mereka merahsiakan hubungan tersebut kerana mahu menjadi privasi keluarga. Julia turut menyifatkan bakal suaminya itu seorang yang softspoken, gentleman dan matang.
BACA: Lufya Tak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin, Anggap Julia Farhana Masih Mentah
“Ini adalah aturan keluarga dia dan keluarga saya. Saya kenal Dr Che Hafiz melalui mak saya. Mak saya suka dengan dia dan dah lama kenal dia. Saya pula tiada niat nak settle down sebab happy dengan karier saya, fokus dengan pelajaran, nyanyian dan berlakon.
“Tapil bila kenal dia saya rasa dia okay..not bad. Saya rasa dia lelaki baik, softspoken, gentleman..seorang yang matang dan boleh dibawa berbincang. Saya rasa dia bukan orang yang teruk untuk dijadikan suami,” katanya.
Menurut Julia, dia terbuka hati untuk menerima pilihan ibunya itu selepas melihat Dr Che Hafiz seorang yang memahami kerjayanya yang sibuk.
“Agak susah nak cari seseorang yang faham kerjaya saya yang sibuk ini. Saya masih baru dalam industri ini tapi bila berkenalan dengan dia, dia sangat faham dengan jadual yang padat, kehidupan saya dan terima saya seadanya,” katanya.
Kongsi Julia lagi, persiapan perkahwinan mereka sudah siap hampir 90 peratus. Kata Julia lagi, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin dengan seorang bapa tunggal.
“Saya tak pernah terfikir dan terniat untuk kahwin dengan bapa tunggal tapi bila dah jadi macam itu saya hanya lihat pada karakter dia. Ketepikan seketika hal lain…tapi saya memang pernah terfikir boleh terima ke kalau datang dengan pakej (anak).
Dalam pada itu, Julia berkata dia belum berkesempatan untuk berkenalan dengan bakal anak tirinya, Lanaa Haura kerana menghormati ibu kepada kanak-kanak itu iaitu Lufya Omar.
“InsyaAllah jika dibenarkan, jika tidak diterima oleh pihak lain saya terpaksa akur. Saya ikut keputusan suami saya.
“Saya tengok dari jauh saja sebab saya hormat ibu kandung dia. Sebab saya belum kahwin lagi…Haura ada ibu kandung, saya perlu minta kebenaran, jadi berkenalan atau bermain belum lagi,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
please la tukar mindset org msia ni yang muka jambu tu tak semestinya gay.. aku one of them. penat la nak layan DM hari hari jantan tanya dah makan ke belum.. smh
Doktor ni pun selera nak berbini dengan retis aje…tak serik serik.
klau pilihan keluarga mungkin ok kot..
julia ni pn xde kontroversi pn..
lufya pn aku ske cme kesian kt dia dpt bkas laki x reti bg nafkah..berbeza dgn bekas2 laki yg kawin dgn artis..elok je bg nafkah…
lufya tu mampu je tanggung ank dia..tp x best la penat2 jaga ..nanti ank tu dh besar..mesti cri bapak dia jgk..so aku faham situasi mcm tu..sape dh kawin akn faham
kaki pukul pun ada orang nak ke