Pelakon Julia Farhana berkata dia tidak bimbang dengan kesetiaan suaminya, Dr Che Hafiz meskipun ada wanita yang cuba menggoda.
Memetik Harian Metro, Julia berkata dia mengenali sikap suaminya yang tidak tertarik, malah tidak melayan wanita ketika cuba berbual mesra.
BACA: Julia Farhana Dedah Ada Penerbit Minta Buka Tudung
“Saya pernah berada dalam situasi di mana ada seorang wanita datang kepada suami saya dan terus berbual dengannya serta langsung tidak mengendahkan saya yang berada di situ.
“Kami tidak selesa dengan situasi itu. Namun, saya bersyukur sebab suami sentiasa menjaga batas percakapan dengan wanita lain dan dia (Che Hafiz) juga tidak pernah mencari masalah.
“Alhamdulillah, saya akui memang tidak pernah risau kerana suami sama sekali tak bercakap banyak dengan wanita itu,” katanya.
Sementara itu, Julia berkata sikap saling hormat-menghormati sesama wanita penting, terutama jika isteri lelaki itu ada di samping suaminya dan tidak perlu cuba mengganggu.
Untuk rekod, Julia mendirikan rumah tangga dengan Che Hafiz yang merupakan duda kepada seorang anak perempuan pada 14 Disember 2022.
SUMBER: Harian Metro