Jual Kereta Hadiah Untuk Isteri, Saharul Ridzwan Mnta Maaf

Pelakon Saharul Ridzwan memohon maaf kepada isterinya, Qaabila Deena kerana terpaksa menjual kereta jenama Honda Jazz miliknya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shaharul berkata kereta tersebut merupakan hadiah buat isteri sempena ulang tahun perkahwinan mereka keempat pada 2020.

BACA: Lepas Kereta Mewah, Saharul Ridzwan Jual Rumah Pula

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saharul Ridzwan (@saharulridzwan)

Bagaimanapun, Shaharul tidak mendedahkan sebab mengapa dia terpaksa menjual kereta tersebut dan jika ada rezeki dia akan hadiahkan kereta lain buat isteri tercinta.

“Sayang, saya minta maaf, hadiah ulang tahun perkahwinan kita yang saya belikan pada tahun 2020 terpaksa dijual. Ada rezeki insya-Allah, nanti saya belikan hadiah lain,” katanya.

Sementara itu, Shaharul turut memaklumkan kereta berwarna putih itu sudah pun terjual dan dibeli oleh individu berasal dari Kelantan.

“Alhamdulillah, sold out. Orang Kelantan beli. Sekarang proses untuk tukat nama pemilik kereta,” katanya.

Sebelum ini, Saharul menjual beberapa aset miliknya antaranya kereta Mercedes Benz dan kondominium yang terletak di Cyberjaya pada Mei tahun lalu.

×