Joy Revfa Mahu Cari Bakal Suami Kuat Agama, Kukuh Kewangan
Dua kali berdepan kegagalan dalam rumah tangga dan putus tunang, usahawan kosmetik Joy Revfa berkata dia belum terbuka hati untuk menerima lelaki dalam hidupnya.
Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah berkata buat masa ini dia menghadkan hubungan dengan mana-mana lelaki dan mahu berkawan sahaja.
BACA: Baru Putus Tunang, Ada Peminat Melamar Joy Revfa Sebagai Mad
“Berkawan tu adalah tapi sebenarnya saya memperkecilkan saya punya ‘circle’, bagi saya lebih baik tumpu kepada perniagaan dulu dan mungkin baru terbuka hati untuk menerima orang lain.
“Buat masa itu saya mengelak untuk didekati lelaki dan ada beberapa orang yang ingin berkenalan dengan saya,” katanya.
Bergelar janda, Joy mengakui dia tidak terlepas daripada pandangan sinis masyarakat. Malah ada yang berpendapt gelaran janda membawa maksud isteri yang dibuang oleh suami.
“Ada orang yang pandang ibu tunggal ini macam orang yang kena ‘reject’, sebenarnya tak pun dan kami tak dibuang pun. Orang juga cakap yang saya ni janda jadi bagi saya janda atau tidak yang penting betapa kuatnya anda meneruskan hidup demi anak-anak,” katanya.
Mengakui ramai lelaki cuba dekati, Joy mahukan calon suami yang boleh menyayangi anaknya serta boleh membimbing keluarga.
“Ada berapa orang yang nak kenal dengan Joy. Lelaki yang boleh menyayangi anak Joy, macam-mana Joy sayangi dia. Joy nak dia dapat membimbing, bukan sahaja kewangan rumah tangga tapi dapat membimbing kami. Allah mungkin ada satu sebab hadirkan orang yang tidak tepat untuk kita,” katanya.
Joy pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan dan telah dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia 7 tahun.
Dia kemudian bernikah dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 sebelum bercerai 3 bulan kemudian. Pada Mac 2020 Joy bertunang dengan seorang jejaka misteri, namun putus pada Ogos tahun lalu.
- SUMBER
- mStar Online
Call Suhaimi Saad akan Mounsos ..sesuai mcm kapak terbelah dua .
kemahuan ke keperluan
Not interested in Single mother and not gonna be responsible for someone elses child. Ada hati lagi nak yang kukuh kewangan…kalau dah asyik dok kawin cerai, maksudnye something is not right about her, kan?
To Kot Kecik
Not a prob pun if u r not interested in single mothers and their children..jz like individual preference yg x minat laki org, or laki tua or muda..maybe u r not yet married so obviously getting married to u is like owning someone to call ur own..ur own wife, ur own child..but take note that getting married is more about being responsible and commited..sharing ur life with someone else, loving and liking somethg that is part of ur partner..that is true relationship and partnership..btw, we Single Mothers r proud to be independent..whoever is meant to be for us, is not within our ctrl..my advice to all SM,plz jz keep to urself about ur choice of husband’s preference..
Nak cari suami kuat agama dan kukuh kewangan tu bagus. But nasihat saya, cari yg sekufu, talk the same ‘languange’ an sharing the same dream.Awak nk yg kuat beragama pun belum tentu awak bahagia kalau awak sendiri xboleh nak dilentur. Contoh paling dkt DSV, Miss Nina and Neelofa..perkahwinan kali-2 DSV dgn ustaz kot, tapi apakan daya..putus jugak pertengahan jalan kerana DSV xmampu nk ikut rentak suami dia begitu juga suami dia yg xmmpu menerima kegedikan DSV. Sedangkn DSV tu bertudung, buat haji selalu, bagi anak yatim makan, cuma slack kt pergaulan n batas adab dia sbg muslimah. Lain pula dgn neelofa, bersuamikn seorg pendakwah juga. Namun neelofa sedari sejak berubah dr free hair ke turban ke shawl ke bawal ke tudung labuh ke niqab..nampak di situ keinginan dia utk berubah menjadi lebih baik n sejak kahwin dgn PU Riz, dia boleh menerima yg PU Riz ni xsuka bad publisiti n Pu Riz juga boleh menerima yg neelofa ni adalah selebriti, mampu utk bergandingan dgn neelofa. Dan akhir sekali Mizz Nina, dia kahwin dgn Noh Hujan. Noh hanya standard seorg lelaki muslim biasa. Bukan ustaz, buka pendakwah. N mizz Nina sendiri awalnya mmg kalah mat salleh lifestyle dia. But bila diorg nk kahwin, diorg pegang impian yg sama. Untuk berubah menjadi muslim yg lebih baik. Noh xperlu pun gelaran momokan pu, ustaz, dai sebginya untuk mizz nina berubah kerana semuanya bergantung kepada mizz nina sendiri dn Noh xpernah mengeluh, menghalang malah support mizz nina. That’s the dream.
But nasihat saya, makcikbawang JANGAN GUNA MASA CARI SALAH ORANG. Baik makcikbawang ikot makcikbawang lain yang baru berjinak nak insaf.
Pi MENGAJI DAN BUKA PINTU RUMAH BESAR BESAR….BAGI SEMUA LALU DENGAR. Allah tak pekak tapi makcikbawang baru nak insaf yang selama ni dok LIRIK JIRAN DARIPADA JAUH TENUNG, BILA JIRAN DEKAT DANG! TERUS MASUK RUMAH TUTUP PINTU!
Punya nak tunjuk benci. Tapi masa mengaji malam malam boleh buka pintu. Agitewww norma baru makcik bawang dalam era Corona virus
No mood to comment..t.ksih kpada yg ada mood to comment.
Bukan dia dah ada pengganti kah selps cerai ngan ustaz penyanyi tu…kna ada muhasabah diri …
mana mari nama joy..nama sebenar siti arifah..setahu aku..joy ni..joy oren, joy apple , mangga dan jambu batu……….