Ahad lalu, bekas isteri kepada pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Jovian dilihat ada memuat naik hantaran mengucapkan tahniah buat pasangan itu serta mendoakan yang terbaik buat mereka.
BACA: Nina Ismail Sabri Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat?
Sementara itu, Jovian turut memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada majlis perkahwinan pasangan tersebut.
“Semoga kalian gembira dan bahagia sentiasa. Kita akan makan malam bersama selepas saya balik semula ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat,” tulisnya.
Dalam perkongsian lain, Jovian berkata perpisahan bukan pengakhiran tetapi permulaan untuk mencari kebahagiaan serta sesuatu yang lebih indah.