Buat apa lah cari benda susah-susah kalau benda senang dah ada di depan mata? Ini baru awesome gais.
Anda mesti dah sedia maklum tentang zakat kan? Anda tahu tak yang sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk anda berurusan dengan zakat ini. Memang mudah amat, so teruskan membaca artikel ini sehingga habis kerana banyak ‘rahsia’ yang kami mahu bongkarkan! Jeng, jeng jeng…
Portal One Stop Centre
Adakah anda sedar dan sedia maklum bahawa pihak zakat ada portal yang memudahkan urusan anda? Cakap jer nak info apa, nak buat urusan apa, di sinilah tempatnya. Hujung jari jer weh. Dah tak payah susah-susah nak walk-in ke pejabat zakat. Jimat masa anda di situ.
Apa yang anda boleh dapat? Anda boleh akses untuk membayar zakat secara online, membuat pengiraan menggunakan kalkulator online dan perkhidmatan LZS yang lain tanpa perlu beratur panjang! Nak pula sekarang ni musim pandemik kan, jadi kita dah boleh elakkan dari bersentuhan antara satu sama lain.
Bukan itu jer, portal zakatselangor.com.my ini juga akan memberikan manfaat dan perkhidmatan atas talian dengan info terkini dan sahih terus dari pihak Lembaga Zakat Selangor tanpa urusan pihak luar.
Informasi berkenaan bayaran zakat, jenis zakat, pengiraan zakat atau manfaat yang lain boleh didapati terus melalui portal ini. Daftar jer di portal ini okay! Lepas ni anda tak perlu bimbang scammer ke apa dah sebabnya anda boleh terus rujuk di sini sahaja.
Ada lagi gais, di portal ini juga anda lebih mengetahui tentang bantuan zakat dan permohonan online boleh dibuat kepada yang memerlukan secara online. Kriteria kelayakan penerima juga disediakan sebelum memohon. Wah mudahnya! Betul memudahkan urusan.
Dapat Update Terkini Lagi
Lembaga Zakat Selangor juga akan memberi update terkini tentang pengagihan zakat kepada yang memerlukan di portal ini juga tau.
Di laman utama portal ini akan terletak sejumlah nombor berkaitan jumlah kutipan zakat terkini, jumlah penerima zakat terkini, bilangan kawasan yang telah menerima bantuan dari LZS sendiri.
Selain itu, portal zakat ini juga akan mempamerkan promosi terkini tentang kempen terkini berkaitan usaha pengumpulan zakat di Selangor.
Kempen tersebut juga disediakan mengikut durasi yang telah ditetapkan akan dipamerkan di bahagian promosi dan juga kempen berkaitan zakat akan dipamerkan di bahagian utama portal Zakat Selangor untuk memberi ‘awareness’ kepada pengunjung portal bagi turut serta dengan kempen.
Portal Lembaga Zakat Selangor turut memberi update tentang cara permohonan terkini kepada yang layak menerima. Anda jangan risau, ‘guideline’ juga disediakan kepada anda yang ingin memohon dan juga kriteria diberikan secara jelas sebelum anda mendaftar.
Anda boleh mendapat update terkini di laman utama, contohnya bantuan zakat pelajar IPT yang sedang dibuka bagi yang layak menerima. Haa begitu, jelas tak? Portal zakat Selangor ini memang betul membantu anda tau.
Boleh Bayar Zakat Guna Smartphone Je?
Apa gunanya smartphone mahal-mahal tapi tak menggunakannya? Sambil-sambil anda scroll FB, IG, TikTok apa tu, anda boleh jer buka kejap portal rasmi zakatselangor.com.my di bahagian laman utama portal untuk menyelesaikan urusan anda.
Anda buka pilihan yang disediakan di situ, antaranya anda boleh mengira zakat menggunakan kalkulator zakat, pilihan membayar online, dan pilihan menyemak rekod bayaran.
Kalau nak lagi up-to-date, anda boleh guna aplikasi Zakat Selangor. Caranya, muat turun jer dari Google Play. Tak kisahlah anda pengguna iOS atau Android ke, anda muat turun aplikasi Zakat Selangor ini untuk memudahkan lagi segala urusan berzakat anda tu.
Aplikasi ini juga turut menyediakan pilihan untuk membayar secara online, info terkini, waktu solat, cawangan terdekat dan pelbagai kemudahan lain. Segala rekod anda juga akan disimpan dalam akaun anda yang berdaftar nanti.
Amacam? On tak on? Barulah dapat membayar zakat secara pantas dan selamat!
Wow, Ada Program Bual Bicara Lagi!
Sembang LZS merupakan program bual bicara yang memberi informasi terkini tentang isu dan topik hangat berkaitan zakat. Apa yang menariknya, ada panel istimewa dan berpengalaman yang dijemput untuk membicarakan topik tersebut.
Setiap episod Sembang LZS ini juga akan merangkumkan topik berbeza berkenaan isu zakat terkini di Malaysia. Antara topik yang dibawakan ialah Rahsia Zakat, Kripto adalah Aset ataupun Matawang, Gajet Sebagai Gedung Pahala dan pelbagai topik menarik akan dibincangkan setiap bulan.
Macam geng anak muda yang masih lagi tidak tahu tentang zakat ini, anda boleh tonton program yang banyak memberikan manfaat ini dan mendapat pencerahan awal tentang pembayaran zakat yang perlu dilunaskan.
Mana nak tengok? Haa, anda boleh tonton program Sembang LZS ini melalui Facebook LZS di LINK INI.
Podcast Sembang LZS Betul On Trend
Oh ya, podcast Sembang LZS pun ada tau. Jadi ianya memudahkan generasi muda macam anak atau diri anda sendiri untuk mengetahui info terkini tentang zakat melalui aplikasi di telefon pintar masing-masing! Barulah ikut trend terkini. Tak gitu?
Generasi muda akan mendapat peluang mendengar dari pakar-pakar industri serta dapat mengumpulkan informasi yang berguna melalui episod Sembang LZS yang dibawakan di dalam podcast di Spotify dan google podcast. Tidak kira di mana anda berada, di dalam kereta mahupun di tempat awam, bila-bila masa saja anda boleh dengar! Link DISINI.
Diharapkan artikel kami ini dapat membantu anda mengenai info tentang portal Zakat Selangor ini. Mudah jer, hanya guna hujung jari. KLIK DISINI!
Untuk info lanjut boleh ke media sosial Zakat Selangor iaitu di Facebook, Instagram, Twitter dan juga YouTube.