fbpx

Johan Pertahan Aksi Mencium Bibir Isteri Di ABPBH 2014

Insiden yang berlaku antara Johan (Raja Lawak) dan isterinya, Ozlyn Wati ketika namanya diumumkan pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) menjadi bualan ramai baru baru ini.

Namun Johan berpendapat bahawa perkara tersebut bukanlah satu kesalahan kerana pada dirinya itu adalah caranya meluahkan rasa kegembiraan bersama isteri tercinta.

BACA: Aksi Cium Mulut Johan & Ozlynn Cetuskan Kontroversi Di Kalangan Peminat

“Saya tidak melihat tindakan saya mencium isteri saya sebagai satu kesalah kerana Ozlynn adalah isteri saya yang sah. Dalam apa juga perkara yang saya lakukan atau penghargaan diberikan kepada saya, isteri adalah orang pertama yang saya ingin sambut bersama,” katanya.

Walaubagaimanapun, tindakannya itu menjadi kontroversi apabila adegan yang dilakukannya itu dikatakan tidak sopan dan luar dari batas dan adat budaya Melayu.

Johan yang ditemui selepas selesai sahaja majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) dia memberitahu bahawa dia tidak kisah dan membiarkan sahaja dengan apa yang mahu diperkatakan oleh orang ramai kerana sedar tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

“Kalau hendak jaga hati orang payahlah. Pada saya apa orang hendak kata biarkanlah. Kami bukannya pasangan bukan muhrim sebaliknya suami-isteri yang sah. Saya tak perlu peduli dengan apa yang orang hendak kata,” tambahnya lagi. (rtky/hfz)