Tiba hari Rabu & dunia hiburan masih bercakap tentang Nabila Huda atau sekurang kurangnya kami masih menulis tentang pelakon ini. Jadi, ini adalah Minggu Nabila Huda. Heh.

Semalam, ada khabar mengatakan yang hubungan ‘cinta’ antara Nabila Huda & Johan As’ari sudah berakhir dan ia’nya di’sebabkan masalah persefahaman & juga kerjaya.

Ini apa yang kami dengar. Johan As’ari beberapa minggu lalu membawa Nabila Huda pulang ke kampung untuk bertemu keluarga beliau dan seakan serius dalam hubungan.

Serius kami maksudkan adalah ingin membawa ‘persahabatan’ mereka ke satu tahap lebih tinggi dan dalam kata lain ingin menjadikan Nabila Huda sebagai teman hidup.

Namun, keluarga Johan As’ari di’khabarkan kurang gemar akan peribadi & gaya hidup Nabila Huda selain merasakan mereka berdua tiada keserasian untuk bersama. Khabar’nya.

Bercakap kepada mStar Online, Johan As’ari bagaimanapun menafikan yang keluarga menjadi punca hubungan bersama Nabila Huda semakin hari semakin renggang.

“Tidak pernah timbul soal tidak mendapat restu keluarga kerana kami bukannya bercinta. Namun saya akui kami sudah jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. Bagaimanapun dia masih sahabat baik saya,” ujar Johan As’ari yang kini sibuk dengan filem terbaru beliau.