Ouch. Kalau kami jadi Lana Nordin, kenyataan ini memang pedih untuk kami terima. Sebulan yang lalu, Johan As’ari beriya mengatakan yang Lana Nordin merupakan wanita yang didoakan bertemu jodoh denganya di depan kaabah ketika mengerjakan umrah.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
BACA: Johan As’ari Dan Lana Nordin Putus Cinta Selepas Tidak Dapat Restu Keluarga
Hari ini menerusi laporan Kosmo!, Johan As’ari berkata yang beliau tidak pernah meletakkan status kekasih pada Lana Nordin dan menganggap hubungan dengan pelakon itu hanya sekadar kawan biasa yang rapat dengan dirinya.
“Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu”
“Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja”
“Apa yang saya boleh katakan juga kini, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya,” ujar Johan As’ari.
Dalam laporan sama, Johan As’ari turut menolak dakwaan yang mengatakan dirinya dahagakan publisiti murahan dengan membuat tindakan mengejut sebegini. (rtky/m)