fbpx

Johan RL Anggap Penulis Blog Hiburan Tiada Etika, Tidak Berfaedah

Sering kecewa terhadap artikel yang dikeluarkan oleh penulis blog, Johan (Raja Lawak) mengambil keputusan untuk tidak lagi memberi ruang kepada golongan tersebut untuk menemubual dirinya di masa hadapan. Okay terasa kami di sini.

Bercakap kepada mStar Online baru baru ini, Johan meluahkan rasa kecewa dengan penulis blog hiburan yang kebanyakannya gemar membuat kesimpulan sendiri berdasarkan status di laman sosial tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

BACA: Ozlynn Nafi Dakwaan Dirinya Kongkong Kehidupan Johan

“Mereka ini semua nonsense (tidak berfaedah). Andaian yang mereka timbulkan selalunya akan membuatkan sesuatu perkara itu menjadi lebih kecoh”

“Saya tidak akan layan penulis blog dan saya berpendapat kehadiran mereka sebenarnya langsung tidak diperlukan. Jika ada sesiapa yang ingin temu bual dengan saya dan dia adalah blogger saya tidak akan layan,” ujarnya yang sudah beberapa menjadi mangsa.

Johan juga berkata beliau tidak kisah jika dikecam oleh penulis blog hiburan kerana merasakan pendiriannya itu bukan sahaja mewakili dirinya sendiri malah turut meliputi semua selebriti secara umum yang sering menjadi mangsa penulisan tidak tepat.

“Bukan saya sahaja tetapi ada artis lain lebih teruk kena dengan mereka apabila artikel memburuk-burukkan dan tidak mempunyai fakta dihasilkan. Buat apa hendak berasa takut sekiranya mereka hendak kecam,” tambahnya lagi. (rtky/m)