Menerusi satu perkongsian di Instagram, pengarah dan penerbit, Jinggo menyeru supaya tidak berlebih-lebihan bercerita tentang insan yang telah meninggal dunia.

Menurut Jinggo, pada awalnya semuanya nampak indah namun apabila segala yang ‘cantik’ sudah habis dijaja, bermulalah keburukan si mati akan diperkatakan. Jinggo turut kecewa apabila ada pihak menjaja kisah-kisah mereka yang telah pergi demi kepentingan peribadi.


BACA: “Pada Artis & Produksi Anti-Vaksin, Mereka Boleh Duduk Rumah Selamanya”

“Berhenti. Cukup-cukuplah korang up gambar video arwah. Atas tujuan apa? Nak simpati? Nak naikkan followers kat FB, IG? Tau tak kenapa korang kena berhenti?

“Sebab bila habis kecantikan arwah dijaja, keburukan arwah pula jadi penyambung cerita. Bila habis kebaikan arwah di dewa dewa, keaiban arwah pula akan bermula,” katanya.


Perkongsian Jinggo itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju dengan pendapatnya itu serta berharap dapat membuka mata semua pihak.