Satu per satu kesalahan isteri Jimmy Shanley terbongkar di mahkamah & terbaru pengacara ini memberikan keterangan tentang pengakuan Nursuhaila Eliani Suhaimy yang agak mengejutkan kami selepas membaca’nya.
Menurut Jimmy Shanley yang memberi keterangan hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, isterinya itu mengaku mengandung anak luar nikah dan bersedia untuk gugurkan kandungan tersebut jika benar anak yang di’kandung itu merupakan benih Jimmy Shanley.
Laporan Sinar Harian juga menyebut yang Nursuhaila Eliani membuat kenyataan sebegitu pada 24 Januari 2011 selepas Jimmy Shanley menegur wanita itu yang masih berjudi.
Isteri Jimmy Shanley memberikan kenyataan melalui SMS yang berbunyi “Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.”
Jimmy Shanley mendakwa beliau membalas SMS tersebut dengan bertanyakan anak siapakah yang isteri beliau kandungkan kalau bukan anak beliau dan Nursuhaila Eliani menjawab “Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah”, pengacara ini membaca SMS yang di’terima.
Jimmy Shanley dalam prosiding mahkamah hari ini turut menyebut 5 sebab kenapa beliau mendakwa isteri’nya nusyuz — berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.