fbpx

Jemaah Malaysia Kongsi Foto Bukti Sajat Masih Lagi Di Mekah

Semalam, agensi pelancongan yang membawa Nur Sajat bersama keluarga dan rakan-rakan mengerjakan umrah mengesahkan bahawa rombongan usahawan kosmetik itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci.

Bagaimanapun, Pencetus Ummah (PU) Amin yang kini berada di Tanah Suci sebagai mutawif memberitahu beberapa jemaah memaklumkan masih terserempak dengan Sajat yang lengkap bertudung ketika melakukan ibadah Saei.

BACA: Agensi Dedah Sajat Mengaku Lelaki Ketika Daftar Umrah

Mengesahkan lagi usahawan sensasi itu masih lagi berada di Mekah, tular sekeping foto yang dikongsikan oleh jemaah Malaysia berada di sana memaparkan Sajat yang sedang khusyuk berdoa di depan pintu multazam.

Terdahulu, jurucakap agensi turut memaklumkan, Nur Sajat dikhabarkan masih lagi berada di Tanah Suci kerana sebelum ini dia sudah pun menziarah Madinah. Pihak agensi juga menafikan dakwaan Sajat telah ditahan oleh pihak berkuasa di Arab.