Pelakon Indonesia, Jefri Nichol berkata kekasihnya yang juga pempengaruh Ameera Khan tidak mahu dia terlibat atau berlakon adegan ‘dewasa’.
Menerusi satu temu bual, Jefri berkata dia menuruti permintaan Ameera. Katanya lebih baik jika dia tidak terlibat langsung dengan adegan berkenaan bersama pelakon wanita.
BACA: “Rasa Lebih Secocok” – Jefri Nichol Tak Mahu Kehilangan Ameera
@jsnn000
“Kami ada bercakap tentang ini. Mula-mula macam keliru tapi saya akan ikutkan apa yang Ameera mahu. Ameera kata lebih bagus jangan terlibat dengan adegan-adegan dewasa,” katanya.
Sementara itu, Jefri berkata dia membuat keputusan itu demi menjaga perasaan kekasihnya dan ianya merupakan tindakan wajar jika sudah mempunyai pasangan.
“Tak baik kalau kita teruskan kalau kita dah ada kekasih. Contoh macam saya dengan pelakon wanita lain di set penggambaran dan buat adegan-adegan dewasa. Ini apa yang saya dan Ameera pernah bincangkan,” katanya.