fbpx

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan Kerana Berkhalwat

Hangat diperkatakan mengenai dua selebriti ditangkap khalwat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya malam tadi.

Memetik Harian Metro, Jawi berkata pemeriksaan dijalankan berdasarkan aduan oleh orang awam.

“Satu pemeriksaan dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI di lokasi susulan aduan awam yang diterima.

“Siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek atau OYDS di bawah peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 27 (Khalwat),” katanya.

Pengesahan itu sekaligus menafikan dakwaan segelintir netizen ianya hanya marketing semata-mata.

Terdahulu, adik Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya ditangkap khalwat malam tadi.