fbpx

Jasmine Suraya Malu Tengok Semula Aksi Ranjang

Pelakon Jasmine Suraya akui malu untuk menonsmula aksinya melakonkan babak ranjang di dalam drama bersiri Villa Kristal.

Kata Jasmine, dia berfikir dua kali sebelum menerima tawaran berkenaan dan menjelaskan babak panas dilakukannya itu dengan bantuan teknik kamera.

BACA: Jasmine Suraya Pilih Remy Ishak Untuk Gandingan Aksi Panas

“Saya tak boleh tengok watak yang saya lakonkan itu… sejujurnya saya fikir dua kali sebelum terima tawaran ini tapi ingin saya tegaskan itu bukan Jasmine Suraya, itu watak wanita bernama Angel.

“Mungkin kita yang menonton akan nampak macam adegan seks tapi itu hanya camera angle, tak ada bersentuhan tubuh pun… memang babak tu nampak daring tapi tak macam tu pun,” katanya.

Dalam pada itu, Jasmine berkata ketika di set penggambaran pengarah sudah terlebih dahulu bertanyakan sama ada dia selesa atau tidak untuk melakonkan babak berkenaan.

“Semasa menerima skrip drama ini, pengurusan saya dah maklumkan kepada produksi apa yang boleh dan tak boleh, malah semasa di set penggambaran pun pengarah bertanya keselesaan saya. Sejujurnya agak malu juga semasa lakonkan babak itu,” katanya.

Drama 13 episod itu merupakan arahan Kabir Bahtia dan Jason Chong yang akan bersiaran di platform digital WeTV.