fbpx

Janna Nick Dikecam Promosi Lagu Sambil Mandi Buih

Pasti ramai tahu Janna Nick baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Gatal. Semalam, Janna dilihat ada memuat naik video mempromosikan lagu terbarunya itu.

Memuat naik semula video yang dikongsikan di aplikasi TikTok itu, Janna dilihat berendam di dalam tab mandi yang dipenuhi dengan buih sambil menyanyikan lagunya itu.

BACA: Lelaki Hantar Gambar ‘Siput Sedut’, Janna Nick Diekori Sampai Ke Rumah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Video aksi mandi buih itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengatakan lelaki gatal boleh membayangkan pelakon itu mandi di dalam tab mandi berkenaan.

Tidak kurang juga, ada segelintir netizen mengatakan mereka pula yang rasa malu apabila melihat video berkenaan.

Bagaimanapun, ada yang mempertahankan Janna dengan mengatakan pelakon itu memakai baju ketika berada di dalam tab mandi itu. Kata netizen lagi jika sedang rakam video sudah pastilah Janna  memakai baju serta meminta orang ramai tidak bersangka negatif sahaja.