fbpx

Janna Nick Bengang Diejek Sakit Mental

Pelakon Janna Nick meluahkan rasa terkilan apabila isu sakit mental dijadikan bahan gurauan. Menerusi perkongsian di Insta Story, Janna meminta netizen tidak keterlaluan melemparkan komen.

Kata Janna lagi, meskipun dia bergelar selebriti namun dia juga tetap manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Lebih kesal apabila netizen sahaja boleh berkata apa sahaja, namun tidak bagi artis.

BACA: Selepas Tinggalkan Melodi, Janna Nick Mengacara Program Ilmiah

“Kenyataan sekarang ni, jadi artis saja tak boleh nak cakap benda yang salah, jadi netizen semua benda boleh cakap, semua benda boleh ulas, kita ni payah ada perasaan.

“Kadang-kadang tak faham macam mana boleh ada manusia pergi ke akaun orang, gigih komen benda-benda teruk nak menyakitkan hati orang lain.

“Saya pun pengguna media sosial, tapi tak ada la sampai pergi akaun orang rasa nak komen dan kritik. Tak suka abaikan sahaja. Tolonglah ada sikit sifat kemanusiaan dalam diri korang,” katanya.

Sebelum ini, Janna ada memuat naik komen netizen yang mengejeknya orang sakit mental. Ujarnya lagi, dia berkongsikan mengenai bipolar dihidapinya supaya masyarakat ambil peduli tentang bahaya penyakit itu.

“Sebab tu aku beritahu masyarakat dulu aku ni ada bipolar, bukan sebab nak perhatian tapi sebab nak beritahu orang yang nampak happy dan gelak-gelak pun boleh ada mental illness,” katanya.