“Janganlah Rasa Diri Kita Mulia & Semua Artis Itu Pendosa”
Penyanyi Baby Shima tampil memberi kenyataan balas mengenai dakwaan dirinya mempersendakan agama selepas menyuarakan pendapat mengenai penganjuran konsert di Malaysia.
Memetik Kosmo, Shima berkata kenyataannya itu dilakukan secara umum dan tuduhan terhadap dirinya yang menghina agama adalah dakwaan berniat jahat serta fitnah.
BACA: “Siapa Yang Kata Konsert Haram, Jangan Datang” – Baby Shima
“Sekiranya tidak mahu ke konsert, tidak perlu ke konsert. Saya sebut konsert secara umum, konsert itu sebahagian daripada hiburan.
“Konsert Coldplay telah pun diluluskan oleh kerajaan. Malaysia mempunyai pelbagai agama dan bangsa, kita adalah masyarakat majmuk. Berapa banyak konsert telah dianjurkan sejak negara kita mencapai kemerdekaan,” katanya.
Kata Shima lagi, pendapatnya itu adalah bersifat peribadi serta mempersoalkan adakah dia tidak boleh menyuarakan pendapat kerana tiada gelaran Pencetus Ummah (PU).
“Pilihan atas diri dan pendapat masing-masing. Saya bukan orang yang mempunyai latar belakang agama apatah lagi nak menghalalkan perkara yang haram.
“Semua itu hanya pendapat saya sahaja dan mungkin disebabkan tiada gelaran pencetus ummah (PU), saya tidak boleh suarakan pendapat?
“Adakah cuma yang ada gelaran PU sahaja yang boleh bercakap? Saya juga sudi dan bersedia menerima teguran tetapi bukan serangan tanpa usul periksa.
“Tiada keperluan menyerang saya dan janganlah rasa diri kita mulia dan semua artis itu pendosa. Kita semua adalah pendosa,” katanya.
Dalam pada itu, Shima berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang melemparkan tuduhan melampau terhadapnya.
“Alangkah baiknya jika pihak-pihak terbabit boleh menghubungi saya sekiranya mereka tidak faham tentang hal yang cuba disampaikan. Saya juga akan rujuk kepada pihak peguam, sekiranya perlu untuk ambil tindakan susulan,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo
Ko tu yg rasa diri ko mulia asal org tegur semua ko kata menyalak mcm anjing. Kalau xnk ditegur ko x payah jd retis ko jd pelacur murahan jek. Xde sapa akan tegur dan kritik ko. Ko ingt saman ko tu besar sekali kena Allah turunkan bala x cukup bumi ko nk tanggung nanti.
yg ko menyalak kat Medsos apahal? PU tu pun tegur melalui medsos juga la…dan dia tak cakap pun semua artis buat dosa.
Perasan bagus punya tino!
Knapa marah2 baby Shima.
Aku suka baby Shima
I LOVE BABY SHIMA